MIGRAIN
Migrain merupakan salah
satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan
1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.
Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih
ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur
45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca
sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang
mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga
mengidap migrain.
Migrain secara umumnya
boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu migrain tanpa aura, pesakit
mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap
daripada migrain dengan aura. Migrain dengan aura pula adalah sakit kepala
didahului dengan aura.
Gejala-gejala migrin
berpunca daripada sakit kepala. Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada
sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’.
Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya,
kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan
hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap
sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan
kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain
mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau
kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.Selain itu,
pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain,
kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat,
dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala
hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
Gejala seterusnya
adalah aura. Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya
ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah aura penglihatan (visual
aura) contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan
kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya
dari penglihatan ia juga melibatkan perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan,
masalah pertuturan dan lain-lain seperti bau atau perasaan yang aneh, sedikit
kekeliruan dalam pemikiran.Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami
perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini
bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini
diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara
beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah,
murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Kesimpulan, serangan
migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit
digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk
menjamin kualiti hidup yang lebih baik.



terbaik ko adam.. da start wat blog plak.. bagus2
BalasPadamterima kasih,
Padambaru nak berjinak-jinak nie
hehehe
:)