Saya diberi nama Muhammad Adam Bin Hamdan,
dilahirkan pada jam 5.50pm bertarikh 9 Mei 1994. Di Hospital Muar Johor. Saya
juga merupakan anak tunggal kepada ayah saya Hamdan Bin Sadiman dan ibu saya
Siti Noriha Binti Basir. Saya dibesarkan di Kampung Sungai Balang Besar Semerah
83610 Batu Pahat Johor.
Pendidikan awal saya adalah di Tadika Kemas Sungai
Balang Besar Darat ketika saya berumur 5 tahun. Selepas dari itu saya
meneruskan pengajian saya di Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Besar Darat dari
tahun 2001 hingga 2006 dan mengambil peperiksaan (UPSR) Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah. Selanjutnya saya meneruskan pengajian saya di Sekolah Menengah
Kebangsaan Pekan Baru Muar dari tahun 2007 hingga 2009 saya menduduki
peperiksaan (PMR) Penilaian Menengah Rendah. Pada tahun 2010 hingga 2011, saya
menduduki peperiksaan (SPM) Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah dari itu, saya
melanjutkan pengajiaan saya sebagai Pra-Universiti selama satu tahun setengah
di sekolah yang sama dari tahun (2012-2013) Kini saya meneruskan pengajian saya
di Kolej Teknologi Alpha di Negeri Sembilan pada tahun (2014).
Ramai yang menilai diri saya sebagai pemalu, baik,
dan rajin membantu.Saya juga memiliki sikap yang baik kepada semua orang dan
lebih santai supaya saya selesa dan orang lain juga selesa dengan saya. Pada pendapat
saya, sikap yang saya tunjulkan ini adalah cara saya untuk berinteraksi dengan
masyarakat umum, perkara ini boleh mematangkan diri saya dengan golongan umur
yang berbeza, pengalaman yang dikongsikan membolehkan saya lebih matang dengan
umur saya yang sedang meningkat usia 21 tahun pada tahun ini. Hobi saya adalah
berjalan atau bersiar-siar, pergi mandi gunung, memancing dan sebagainya.
Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana saya
memiliki ibu dan ayah saya yang selalu memberikan semangat, dorongan dan doa,
teman-teman seperjuangan yang selalu menyuntikkan semangat saya untuk
meneruskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi. Kesimpulannya,
saya amat menghargai semua pengorbanan ibu bapa saya serta kawan-kawan yang
terdekat dengan saya. Saya sayang akan mereka semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan