Selasa, 17 November 2015

PENDIDIKAN



SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS ZAMAN BRITISH

Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan turut berubah. Tujuan perubahan ini dilakukan adalah untuk melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Peluang pendidikan diwujudkan untuk kanak-kanak yang telah mencapai umur tujuh tahun. Hasrat ini dapat direalisasikan dengan adanya Ordinan Pelajaran 1957. Sistem ini member jaminan bahawa kanak-kanak berhak mendapat pendidikan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam tahun. Dengan itu, jelaslah kerajaan mengakui pendidikan sebagai satu hak asasi bagi semua penduduk Negara kita. Namun begitu, pelajar masih lagi dikehendaki membayar yuran persekolahan. Ini bermakna masih ada lagi kanak-kanak yang tidak berpeluang ke sekolah disebabkan kemiskinan.

Pelaksanaan Laporan-laporan Pendidikan, sistem pendidikan yang diwarisi dari pihak British jelas tidak menggalakkan perpaduan kaum. Oleh yang demikian, tugas kerajaan di peringkat awal kemerdekaan ialah untuk mewujudkan satu sistem pendidikan tunggal yang boleh menyatukan semua sistem persekolahan yang berbeza-beza. Penyata Barnes dan Penyata Fenn-Wu merupakan dua penyata utama peringkat awal, yang mengemukakan syor-syor kearah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan disatukan. Penyata Barnes mengesyorkan agar semua sekolah vernacular dimansuhkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris akan digunakan. Satu daripada bahasa tersebut dijadikan bahasa kedua. Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan terus diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Sebaliknya, Penyata Fenn-Wu mengesyorkan supaya tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Inggeris digunakan di sekolah-sekolah. Satu lagi jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji syor-syor yang berlainan itu. Kemudian, Ordinan Pelajaran 1952 yang telah mengambil kira syor-syor dalam Penyata Barnes dan Fenn-Wu telah diluluskan. Konsep sekolah kebangsaan diterima, satu jenis yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi bahasa Inggeris.


Kesan-kesan Pelaksanaan Syor-syor Penyata Razak adalah seperti berikut, Tertubuhnya Kementerian Pelajaran untuk melaksanankan sistem pentadbiran pendidikan secara berpusat.Penggunaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum yang seragam di semua sekolah di Negara ini.Aliran persekolahan dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan Negara dan dengan itu wujudlah aliran akademik, aliran teknik dan aliran vokasional.Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama manakala bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi yang kedua.Wujudnya peluang pelajaran yang lebih luas bagi pelajar-pelajar sekolah kebangsaan hingga ke pusat pengajian tinggi.Wujudnya satu jenis sekolah menengah, iaitu sekolah menengah kebangsaan bagi semua pelajar.Wujudnya peperiksaan awam yang sama iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu untuk semua calon sekolah menengah.Tertubuhnya Jemaah Nazir Bebas untuk menjamin mutu pelajaran yang tinggi.

Rabu, 11 November 2015

kesihatan

MIGRAIN


Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain. 

 
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu migrain tanpa aura, pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura. Migrain dengan aura pula adalah sakit kepala didahului dengan aura.
Gejala-gejala migrin berpunca daripada sakit kepala. Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.

 
Gejala seterusnya adalah aura. Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah aura penglihatan (visual aura) contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan ia juga melibatkan perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan, masalah pertuturan dan lain-lain seperti bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran.Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.



Kesimpulan, serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.


DIRI SAYA

Epilog Kisah Hidupku..


Saya diberi nama Muhammad Adam Bin Hamdan, dilahirkan pada jam 5.50pm bertarikh 9 Mei 1994. Di Hospital Muar Johor. Saya juga merupakan anak tunggal kepada ayah saya Hamdan Bin Sadiman dan ibu saya Siti Noriha Binti Basir. Saya dibesarkan di Kampung Sungai Balang Besar Semerah 83610 Batu Pahat Johor.
Pendidikan awal saya adalah di Tadika Kemas Sungai Balang Besar Darat ketika saya berumur 5 tahun. Selepas dari itu saya meneruskan pengajian saya di Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Besar Darat dari tahun 2001 hingga 2006 dan mengambil peperiksaan (UPSR) Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Selanjutnya saya meneruskan pengajian saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru Muar dari tahun 2007 hingga 2009 saya menduduki peperiksaan (PMR) Penilaian Menengah Rendah. Pada tahun 2010 hingga 2011, saya menduduki peperiksaan (SPM) Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah dari itu, saya melanjutkan pengajiaan saya sebagai Pra-Universiti selama satu tahun setengah di sekolah yang sama dari tahun (2012-2013) Kini saya meneruskan pengajian saya di Kolej Teknologi Alpha di Negeri Sembilan pada tahun (2014).
Ramai yang menilai diri saya sebagai pemalu, baik, dan rajin membantu.Saya juga memiliki sikap yang baik kepada semua orang dan lebih santai supaya saya selesa dan orang lain juga selesa dengan saya. Pada pendapat saya, sikap yang saya tunjulkan ini adalah cara saya untuk berinteraksi dengan masyarakat umum, perkara ini boleh mematangkan diri saya dengan golongan umur yang berbeza, pengalaman yang dikongsikan membolehkan saya lebih matang dengan umur saya yang sedang meningkat usia 21 tahun pada tahun ini. Hobi saya adalah berjalan atau bersiar-siar, pergi mandi gunung, memancing dan sebagainya.
Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana saya memiliki ibu dan ayah saya yang selalu memberikan semangat, dorongan dan doa, teman-teman seperjuangan yang selalu menyuntikkan semangat saya untuk meneruskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi. Kesimpulannya, saya amat menghargai semua pengorbanan ibu bapa saya serta kawan-kawan yang terdekat dengan saya. Saya sayang akan mereka semua.