SISTEM PENDIDIKAN
SELEPAS ZAMAN BRITISH
Apabila Negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan turut berubah. Tujuan
perubahan ini dilakukan adalah untuk melaksanakan pendemokrasian pendidikan.
Peluang pendidikan diwujudkan untuk kanak-kanak yang telah mencapai umur tujuh
tahun. Hasrat ini dapat direalisasikan dengan adanya Ordinan Pelajaran 1957.
Sistem ini member jaminan bahawa kanak-kanak berhak mendapat pendidikan
sekurang-kurangnya dalam tempoh enam tahun. Dengan itu, jelaslah kerajaan
mengakui pendidikan sebagai satu hak asasi bagi semua penduduk Negara kita.
Namun begitu, pelajar masih lagi dikehendaki membayar yuran persekolahan. Ini bermakna
masih ada lagi kanak-kanak yang tidak berpeluang ke sekolah disebabkan
kemiskinan.
Pelaksanaan
Laporan-laporan Pendidikan, sistem pendidikan yang diwarisi dari pihak British
jelas tidak menggalakkan perpaduan kaum. Oleh yang demikian, tugas kerajaan di
peringkat awal kemerdekaan ialah untuk mewujudkan satu sistem pendidikan
tunggal yang boleh menyatukan semua sistem persekolahan yang berbeza-beza. Penyata
Barnes dan Penyata Fenn-Wu merupakan dua penyata utama peringkat awal, yang
mengemukakan syor-syor kearah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan
disatukan. Penyata Barnes mengesyorkan agar semua sekolah vernacular
dimansuhkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Bahasa
Melayu atau bahasa Inggeris akan digunakan. Satu daripada bahasa tersebut
dijadikan bahasa kedua. Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan terus diajar sebagai
satu mata pelajaran sahaja. Sebaliknya, Penyata Fenn-Wu mengesyorkan supaya
tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Inggeris digunakan di
sekolah-sekolah. Satu lagi jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji syor-syor
yang berlainan itu. Kemudian, Ordinan Pelajaran 1952 yang telah mengambil kira
syor-syor dalam Penyata Barnes dan Fenn-Wu telah diluluskan. Konsep sekolah
kebangsaan diterima, satu jenis yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan satu lagi bahasa Inggeris.
Kesan-kesan
Pelaksanaan Syor-syor Penyata Razak adalah seperti berikut, Tertubuhnya
Kementerian Pelajaran untuk melaksanankan sistem pentadbiran pendidikan secara
berpusat.Penggunaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum yang seragam di semua
sekolah di Negara ini.Aliran persekolahan dipelbagaikan untuk memenuhi
keperluan Negara dan dengan itu wujudlah aliran akademik, aliran teknik dan
aliran vokasional.Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama manakala
bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi yang kedua.Wujudnya peluang pelajaran yang
lebih luas bagi pelajar-pelajar sekolah kebangsaan hingga ke pusat pengajian
tinggi.Wujudnya satu jenis sekolah menengah, iaitu sekolah menengah kebangsaan
bagi semua pelajar.Wujudnya peperiksaan awam yang sama iaitu peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu untuk semua calon sekolah
menengah.Tertubuhnya Jemaah Nazir Bebas untuk menjamin mutu pelajaran yang
tinggi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan